KENINGAU: Seorang ayah kepada empat orang anak meminta bantuan dari pemimpin-pemimpin masyarakat dalam orang awam untuk menyalur bantuan...
KENINGAU: Seorang ayah kepada empat orang anak meminta bantuan dari pemimpin-pemimpin masyarakat dalam orang awam untuk menyalur bantuan bagi mengubati anak-anaknya yang menghidapi penyakit Thalesemia dan Sawan.
Usun Sangkir, 45, seorang petani dari daerah kecil Sook Kg. Malaing Dalit, sedih apabila memikirkan keadaan empat orang anaknya yang berumur 5 – 10 tahun telah menghidap penyakit thalesemia sejak dari usia enam bulan lagi.
“Setiap bulan saya bersama isteri saya membawa anak-anak ke Hospital Keningau untuk mendapat rawatan lanjutan bagi menambah darah tiga orang anak lelaki saya yang masih kecil”.
“Kadang kala, temujanji untuk penambahan darah bagi anak-anak saya tidak sampai sebulan kami terpaksa kembali semula ke hospital besar di Keningau yang terletak jauh dari kampung kami,” katanya disini ketika ditemui media kelmarin.
Usun, ketua keluarga kepada tujuh orang isi rumah turut memiliki seorang anak yang menghidapi penyakit sawan terpaksa membawa anak-anaknya bersilih ganti untuk membuat rawatan lanjutan di Hospital besar Keningau, disebabkan temujanji hari yang berlainan, tambahnya.
Menurut Usun, beliau amat berterima kasih dengan bantuan kerajaan yang iaitu bantuan AM sebanyak RM 240 diberikan kepadanya namun bagitu bantuan tersebut tidak mencukupi bagi menampung perbelanjaan beliau sekeluarga.
Setiap kali kami datang untuk temujanji di hospital Keningau ianya memerlukan perbelanjaan seperti tambang pengangkutan dan makan, kadang kala kami terpaksa bermalam di hospital unutk menemani anak-anak kami.
Katanya, “Saya ada juga memiliki sebuah kebun getah kecil, tetapi pendapatan yang saya perolehi dari hasil potong getah itu masih tidak mencukupi kerana setelah memotong beberapa hari, kami telah dipanggil semula untuk penambahan darah anak-anak saya”.
“Saya betul-betul susah dan butuh pertolongan dari orang ramai yang sudi membantu keluarga saya ini, sebagai seorang bapa kewajipan yang saya tangung terlalu besar dan diluar kemampuan saya untuk mencari dana bagi rawatan anak-anak saya”.
Usun menyertakan no akaun bank beliau kepada sesiapa yang sudi membantu dan menderma bagi keperluan rawatan anak-anaknya, Bank Simpanan Nasional – 12112-29-00020624-3 / USUN BIN SANGKIR / 681023-12-5217. Manakala telefon bimbit pula 019-8423342. - Sabah Times