Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

SPRM masih kira wang tunai di rumah pegawai kanan kerajaan

KUALA LUMPUR: Gambar rampasan wang tunai berjumlah lebih RM10 juta yang dipercayai milik seorang pegawai kanan sebuah jabatan kerajaan ...

KUALA LUMPUR: Gambar rampasan wang tunai berjumlah lebih RM10 juta yang dipercayai milik seorang pegawai kanan sebuah jabatan kerajaan di Sabah, tersebar menerusi aplikasi media sosial, hari ini.

Wang itu dikatakan dirampas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam operasi berakhir lewat petang semalam.

Sumber berkata, pegawai SPRM masih mengira jumlah sebenar wang itu dan penemuan itu dipercayai yang terbesar pernah disita berkaitan kes rasuah.

"Penemuan wang tunai itu mengejutkan SPRM yang tidak menyangka wang belasan juta ringgit milik suspek ditemui di beberapa lokasi," katanya di sini, hari ini.

Kelmarin, pengarah sebuah jabatan kerajaan di Sabah dan timbalannya, disyaki mengumpul kekayaan lebih RM50 juta sejak enam tahun lalu, menerusi penyelewengan projek secara agihan kepada ahli keluarga mereka.

Kedua-duanya disyaki menyalahgunakan kuasa dalam agihan projek pembangunan infrastruktur dikendalikan jabatan bernilai lebih RM3.3 bilion yang disalurkan Kerajaan Persekutuan sejak enam tahun lalu.

BH difahamkan, suspek berusia 51 dan 54 tahun itu akan direman di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, petang ini dan disusuli sidang media Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki.- Bharian

Latest Articles