Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Beaufort : Tanah runtuh di Betandok, Lubak bakal timbulkan banyak masalah

Tanah runtuh di Betandok, Lubak bakal timbulkan banyak masalah BEAUFORT: Penduduk Kampung Betandok Lubak di sini melahirkan rasa bimbang...

Tanah runtuh di Betandok, Lubak bakal timbulkan banyak masalah

BEAUFORT: Penduduk Kampung Betandok Lubak di sini melahirkan rasa bimbang terhadap keadaan tebing sungai Padas yang runtuh bakal mengundang bahaya dan mendatangkan kerosakan kepada infrastruktur lain pada bila-bila masa sahaja jika tidak ada usaha menanganinya.

Tebing sungai Padas di Kampung Betadok Lubak itu semakin hari semakin runtuh telah pun membabitkan bahu jalan raya utama dan ianya juga bakal melibatkan kerosakan banyak infrastruktur lain seperti memutuskan bekalan air bersih dan juga akan melibatkan sebatang tiang elektrik yang berdekatan.

“Jika jalan ini runtuh maka putuslah perhubungan jalan raya dan akan lumpuhlah pergerakan berpuluh buah kampung bermula dari Bentuka hingga kampung ini kerana jalan ini adalah satu-satunya jalan utama menghubungkan kampung-kampung ini ke Pekan Beaufort,” kata Risim Aham yang merupakan penduduk kampong Betandok Lubak semasa menghubungi New Sabah Times pada Ahad.

Selain itu katanya batang paip bekalan air kini kelihatan telah terjuntai dan bakal patah bila-bila masa dan jika ini berlaku maka puluhan penduduk juga akan terputus bekalan air bersih,

“Meletakkan tanda sahaja untuk pengguna jalan berhati-hati tidak akan membawa penyelesaian melainkan adanya usaha pihak berkenaan membaikinya terutama sekali menyelamatkan jalan raya tersebut dari terputus demi mengelakkan kemalangan yang boleh mengakibatkan kehilangan nyawa,” tegasnya.

“Manalah tahu ketika kenderaan sedang lalu lalang, tiba-tiba saja jalan tersebut runtuh, sudah tentu akan terjatuh ke dalam sungai oleh itu sebelum berlaku pihak berkenaan perlu bertindak segera,” katanya.

Beliau berkata saluran paip bekalan air selari di bahu jalan juga di lihat bakal putus jika keadaan terus dibiarkan dan kita juga bimbang jika batang air paip patah maka bekalan air bersih juga akan turut terputus yang akan membabitkan ribuan penduduk di kampong bermula dari kampong ini hingga ke Gadong.

Beliau berkata memandangkan hanya tinga dua minggu lagi umat Islam akan menyambut ketibaan Syawal, sekiranya bekalan air terputus, sudah tentu perkara ini akan mendatangkan banyak masalah ketika umat Islam menyambut perayaan Aidilfitri itu.

“Saya amat bimbang semuanya ini akan berlaku di luar jangkaan kerana tebing sungai dan jalan raya utama ini akan runtuh jika hujan berlaku,” katanya.

Beliau juga meminta Lembaga Letrik Sabah juga dapat mengambil tindakan segera terhadap masalah sebatang tiang elektrik berdekatan di kampong ini yang semakin hari semakin condong ke arah jalan raya.

“Ianya amat membahayakan dan boleh mengancam nyawa jika tiang itu tumbang dan kabelnya terjatuh ke atas jalan raya yang boleh mengakibatkan renjatan elektrik yang akan mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya, oleh itu jangan biarkan keadaan ini berterusan,” katanya.

Beliau berkata SESB sudah tentunya mempunyai keupayaan untuk membaikpulihnya kerana selama ini setiap pengguna perlu membayar bekalan elektrik bukan diberi secara percuma, maka tiada sebab mengapa keadaan ini terus dibiarkan.

“Kami berharap JKR,Jabatan Air dan SESB supaya peka kepada masalah ini, untuk beringat sebelum berlaku,” kata Risim.

ليست هناك تعليقات

Latest Articles