Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

INFO SABAH | APAKAH PERBEZAAN ESSCOM DAN ESSZONE

PENTING !! ANDA WAJIB MENGETAHUI PERBEZAAN DI ANTARA ESSCOM DAN ESSZONE - satusabah.com Pada 7 Mac 2013, Perdana Menteri Datuk Seri Na...

PENTING !! ANDA WAJIB MENGETAHUI PERBEZAAN DI ANTARA ESSCOM DAN ESSZONE -satusabah.com

Pada 7 Mac 2013, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, semasa lawatannya ke Lahad Datu, mengumumkan bahagian timur Sabah sebagai ‘kawasan keselamatan khas’(Special Security Area) bagi menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur negeri ini.

Kawasan Keselamatan Khas itu berpusat di Lahad Datu yang akan menjadi pusat perintah yang menempatkan beberapa kabin sementara supaya ia dapat berfungsi dengan segera, khususnya kawasan operasi pembersihan saki-baki pengganas Sulu yang menceroboh Sabah sejak 12 Februari lepas.

Lima batalion terdiri daripada pasukan polis dan tentera ditempatkan di bahagian berkenaan bagi memastikan kawasan tersebut kekal aman tanpa pencerobohan.

Menurut Perdana Menteri penubuhan kawasan kawasan keselamatan khas akan memberikan keyakinan kepada rakyat timur Sabah bahawa meskipun operasi ini akan berakhir tetapi keselamatan (mereka) dan kedaulatan (negeri) mereka akan terus dipertahankan.

Pada 25 Mac 2013, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam ucapannya di Pusat Latihan Polis (Pulapol) sempena peringatan Hari Polis ke-206 di Kuala Lumpur, mengumumkan pewujudan Zon Selamat Sabah Timur atau ESSZONE di 10 kawasan di timur Sabah.

Najib berkata Yang di-Pertuan Agong memperkenankan penubuhan ESSZONE di Peraturan-Peraturan Pemeliharaan Keselamatan Awam 2013.

“Dengan penubuhan jawatankuasa ESSZONE, kerajaan sedang mengamalkan dasar holistik dan bukan satu pendekatan tentera semata-mata untuk melindungi timur Sabah dan mencari penyelesaian kepada isu pencerobohan,” kata Najib.

Zon tersebut merangkumi 10 daerah yang meliputi 1,733.7 kilometer dari Kudat ke Tawau. Daerah-daerah terbabit ialah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, dan Tawau.

ESSCOM

ESSCOM merupakan “ejen penguatkuasaan keselamatan” bagi ESSZONE yang merangkumi 10 daerah itu, dan diwujudkan khusus bagi menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur negeri ini ekoran krisis pencerobohan di Tanduo, Lahad Datu.

Pewujudan ESSZONE turut menyaksikan penubuhan satu jawatankuasa menurut Peraturan-Peraturan PemeliharaanKeselamatan Awam 2013 yang digubal oleh Menteri Dalam Negeri.

Jawatankuasa ESSZONE itu dipengerusikan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman manakala PerdanaMenteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempengerusikan jawatankuasa pemantau.

HALATUJU ESSCOM

VISI: Peneraju kepada keselamatan demi kesejahteraan rakyat di Kawasan Timur Sabah menjelang 2017.

MISI: Mengekal dan meningkatkan keselamatan Kawasan Timur Sabah dari sebarang ancaman melalui kerjasamastrategik antara agensi kerajaan bagi memacu pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

FUNGSI DAN PERANAN
(Peraturan-peraturan Pemeliharaan Keselamatan Awam 2013)
  • Memastikan dan mempertingkatkan keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
  • Memastikan kesejahteraan hidup, kesihatan awam dan kewujudan bersama.
  • Memastikan, memelihara dan memudahkan di kawasan Kawasan Timur Perjalanan secara bebas.
  • Tindakan yang sewajarnya untuk menempatkan semula orang atau kumpulan orang.

TERAS STRATEGIK
1. Mengukuhkan kawalan keselamatan secara bersepadu.
2. Meningkatkan keupayaan risikan dan perkongsian maklumat.
3. Merancang dan menyelaras penempatan semula.
4. Memupuk semangat patriotism
5. Menyelaras pembangunan sosio ekonomi

Sumber Rujukan : LAMAN WEB ESSCOM
oleh : djkupang

Tiada ulasan

Latest Articles