Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

PAPAR | KASTAM SABAH RAMPAS GANJA 1 KG

BERITA SABAH : KASTAM SABAH BERJAYA RAMPAS GANJA BERNILAI RM 3,000 SERTA TURUT MENAHAN SEORANG LELAKI - SATUSABAH.COM Cawangan Narkoti...

BERITA SABAH : KASTAM SABAH BERJAYA RAMPAS GANJA BERNILAI RM 3,000 SERTA TURUT MENAHAN SEORANG LELAKI - SATUSABAH.COM

Cawangan Narkotik Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sabah menahan seorang lelaki selepas disyaki memiliki sekilogram dadah jenis ganja bernilai RM3,000.

Pengarah Kastam Sabah Datuk Dr Janathan Kandok berkata lelaki tempatan berusia 38 tahun itu ditahan empat hari lepas di sebuah kawasan perumahan di Papar, kira-kira pukul 2.45 petang, hasil daripada maklumat risikan yang dijalankan.

"Hasil daripada tangkapan itu, lelaki tersebut dibawa ke apartmentnya dan pegawai telah menemui dua paket ganja yang disembunyikan di bawah tilam di bilik utama rumah itu," katanya kepada pemberita di Wisma Kastam, di sini Jumaat.

Katanya, seorang wanita warganegara Filipina berusia 30 yang berada di dalam apartment berkenaan juga turut ditahan bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) dan Seksyen 15(1)(b) Akta yang sama.

Sementara itu, Janathan berkata, sejak tahun 2012 sehingga hari ini, Kastam Sabah mencatatkan 10 kes tangkapan yang melibatkan dadah bernilai kira-kira RM4.6 juta.

"Kota Kinabalu mencatatkan lapan kes, Tawau dan Sandakan masing-masing satu kes, bilangan kes didakwa (10).

Orang disyaki 15 orang iaitu 10 lelaki dan lima wanita melibatkan tujuh individu tempatan dan lapan warga negara asing," katanya.
SUMBER BERNAMA

Tiada ulasan

Latest Articles