Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

ISU CERMIN GELAP : Tiada Tindakan Terhadap Pengguna Cermin Gelap

ISU CERMIN GELAP : Terkini Penguatkuasaan Penggunaan Cermin Gelap Ditunda sehingga Tarikh dimaklumkan Tiada tindakan penguatkuasaan te...

ISU CERMIN GELAP : Terkini Penguatkuasaan Penggunaan Cermin Gelap Ditunda sehingga Tarikh dimaklumkan

Tiada tindakan penguatkuasaan terhadap pengguna kenderaan bercermin gelap selagi Kementerian Pengangkutan belum membuat pengumuman rasmi mengenai perubahan peraturan berkaitan perkara itu. 

Justeru, semua sekatan jalan raya yang diadakan di seluruh negara sempena Aidilfitri minggu depan, tidak akan memfokuskan kepada kesalahan cermin gelap. 

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi, berkata keputusan peraturan baru penggunaan cermin gelap masih dalam perhatian Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan akan diumumkan pada satu masa yang belum dapat dipastikan. 

Menunggu masa 

Katanya, selepas bengkel kajian semula peraturan penggunaan cermin gelap bagi kenderaan pada 3 Jun lalu, satu cadangan perubahan terhadap peraturan itu dikemukakan kepada menteri, namun masih diperhalusi. 

Katanya mengambil kira keputusan yang sudah diputuskan bersama semua pihak, sebarang penguatkuasaan terhadap penggunaan cermin gelap ditangguhkan sementara menunggu pengumuman menteri. 

“Sepatutnya sementara menunggu keputusan menteri, semua penguatkuasaan ditangguhkan dahulu. 

“Jika ada sekatan jalan raya, pemeriksaan membabitkan perkara lain, bukan cermin gelap,” katanya.


ليست هناك تعليقات

Latest Articles