Kemalangan Terkini di Tawau, Sabah Tiga orang maut manakala seorang kanak-kanak lelaki berusia satu tahun tujuh bulan hilang selepas...
Kemalangan Terkini di Tawau, Sabah
Tiga orang maut manakala seorang kanak-kanak lelaki berusia satu tahun tujuh bulan hilang selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas lalu terjatuh ke dalam gaung di Sungai Kakano, Batu 9 Jalan Kalabakan-Keningau, dekat sini semalam.
Mereka yang terbunuh dalam kejadian 8 malam itu dikenali sebagai Fatmawati Mustafa, 38, Riduan Sabtula, 47, Najar Abdul, 36, dan Mohd Ryan Firdaus yang dilaporkan hilang.
Bagaimanapun, seorang lagi penumpang Megawati Mustafa, 30 yang turut menaiki kereta jenis Proton Saga itu terselamat.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Superitendan Awang Besar Dullah berkata kejadian itu berlaku semasa mereka dalam perjalanan dari Tawau menuju ke Keningau.
Beliau berkata, ketika sampai di tempat kejadian pemandu kereta terbabit dipercayai gagal mengawal kenderaan lalu terbabas dan sebelum kenderaan terbabit terjunam ke gaung sedalam 25 hingga 30 meter sebelum terbalik di dalam sungai.
"Mayat ketiga-tiga mangsa itu dihantar ke Hospital Besar Tawau untuk dibedah siasat manakala usaha mencari bayi tersebut masih diteruskan oleh pihak bomba, kata Awang Besar dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Rudy Fredzek berkata pihaknya menerima panggilan 8.16 malam dan tiba di tempat kejadian pada 10.06 malam.
"Satu operasi segera dilakukan bagi mengeluarkan kesemua mangsa yang terperangkap dalam kereta. Kami mengalami kesukaran mengeluarkan mangsa
berikutan arus sungai yang deras dan terpaksa memotong pintu bagi memudahkan pasukan penyelamat mengeluarkan kesemua mangsa.
Katanya mereka turut dibantu Pasukan Bomba Sukarelawan Umas, polis dan kakitangan Klinik Felda Umas.
Operasi dihentikan seketika pada 12.48 tengah malam dan disambung semula 8 pagi tadi bagi mengesan kanak-kanak yang hilang itu, katanya.
BERNAMA
ليست هناك تعليقات
إرسال تعليق