Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Perintah Berkurung Negeri Sabah Bergantung kepada Perkembangan Semasa di Selatan Filipina

Kemaskini Perintah Berkurung : Tempoh Bergantung Kepada Situasi di Selatan Filipina SEMPORNA: Tempoh penguatkuasaan perintah berkurung ...

Kemaskini Perintah Berkurung : Tempoh Bergantung Kepada Situasi di Selatan Filipina

SEMPORNA: Tempoh penguatkuasaan perintah berkurung di Tawau, Kunak, Semporna, Lahad Datu, Kinabatangan dan Sandakan bergantung kepada perkembangan situasi di Selatan Filipina.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, perintah berkurung tidak akan diteruskan jika perkembangan baik di wilayah jiran itu dapat diwujudkan.

“Kita akan melihat perkembangan semasa di ‘seberang’ kerana ancaman keselamatan akan berterusan datang dari Selatan Filipina jika wilayah itu tidak aman,” katanya di sini kelmarin.

Menurut Wan Junaidi, pelaksanaan perintah itu dilihat tidak perlu dilaksanakan sekiranya ada perkembangan baik dari sudut ekonomi, sosial dan sudut lain di wilayah terbabit.

Bagaimanapun, perkara itu turut bergantung kepada tindakan pihak-pihak yang mengancam keselamatan negara melalui aktiviti pencerobohan, penculikan dan tebusan.

“Sekiranya pihak-pihak terbabit berhenti melakukan kegiatan mereka, kita tidak lagi melihat perlunya untuk melaksana atau melanjutkan arahan perintah berkurung,” katanya.

Selagi ancaman berterusan katanya, kerajaan dan pasukan keselamatan terpaksa bertindak untuk mempertahankan rakyat dan negara ini daripada diganggu-gugat.

Beliau berkata, pihaknya memahami jika ada rungutan masyarakat yang mempersoalkan keputusan kerajaan dan pasukan keselamatan mengambil pendekatan terbabit.

“Namun, kita kena ingat perkara ini tidak dapat dielakkan kerana sudah menjadi tugas kerajaan dan pasukan keselamatan untuk memastikan negara kita bebas dari ancaman.

“Keselamatan negara dan masyarakat jauh lebih penting berbanding sebarang perkara sekalipun termasuk jika dibandingkan dari sudut ekonomi atau perkara lain,” katanya.

Wan Junaidi percaya arahan perintah berkurung yang buat kali kedua diisytiharkan selepas era konfrontasi itu relevan dengan situasi semasa dan perlu diterima ramai.

“Kita sudah biasa dengan situasi sebegini dan demi keselamatan negara, kita perlu bersama-sama menerima hakikat betapa keselamatan negara harus diutamakan,” katanya.
Utusan Borneo

ليست هناك تعليقات

Latest Articles