RIO DE JANEIRO: Persekutuan Bola Sepak Brazil (CBF) tidak akan memperbaharui kontrak jurulatih kebangsaan Luiz Felipe Scolari, beberapa ...
RIO DE JANEIRO: Persekutuan Bola Sepak Brazil (CBF) tidak akan memperbaharui kontrak jurulatih kebangsaan Luiz Felipe Scolari, beberapa jam selepas Jerman menewaskan Argentina pada aksi final Piala Dunia 2014, awal pagi tadi, demikian menurut laporan media tempatan hari ini.
Sementara itu, Scolari berkata beliau membiarkan CBF menentukan nasibnya selepas anak buahnya tewas 0-3 dalam perebutan tempat ketiga dengan Belanda pada Sabtu lalu, selepas dimalukan Jerman 7-1 pada perlawanan separuh akhir Selasa lalu.
Aksi itu adalah kekalahan terburuk Brazil sejak perlawanan akhir menentang Uruguay pada Piala Dunia 1950.
Scolari yang terkenal dengan panggilan Felipao, membantu Brazil muncul juara Piala Dunia 2002 di Jepun.
Beliau mengambil alih pasukan kebangsaan pada Disember 2012, sebelum Brazil menjadi tuan rumah Piala Konfederasi. - AFP
ليست هناك تعليقات
إرسال تعليق