Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Kebakaran di Kudat Sabah | Kampung Tanjung Kapur Kebakaran Paling Besar

Kejadian Kebakaran Terkini di Negeri Sabah 05.08.2014 Kira-kira 420 orang tinggal sehelai sepinggang apabila lebih 40 buah rumah di pe...

Kejadian Kebakaran Terkini di Negeri Sabah 05.08.2014
Kira-kira 420 orang tinggal sehelai sepinggang apabila lebih 40 buah rumah di pesisir pantai di Kampung Tanjung Kapur, Kudat, 190 kilometer dari sini musnah dalam kebakaran kelmarin.

Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kudat, Jasri Abdul Jal berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 12.45 tengah hari sebelum tiba di tempat kejadian enam minit kemudian.

Beliau berkata, tiga jentera bomba berserta 27 anggota dan pegawai termasuk 11 anggota pasukan bomba sukarela dari Balai Bomba Kudat dan Balai Bomba Kota Marudu dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Pihak bomba mengambil masa kira-kira tiga jam untuk mengawal kebakaran tersebut kerana faktor kedudukan rumah yang padat dan cuaca panas serta berangin di kawasan itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata, jumlah kerugian dan punca kejadian masih disiasat.
Sumber : Blog djkupang

ليست هناك تعليقات

Latest Articles