Sebuah jet pejuang F-15C Amerika Syarikat terhempas di kawasan hutan Virginia dan tidak jelas sama ada juruterbang melantunkan dirinya ke...
Sebuah jet pejuang F-15C Amerika Syarikat terhempas di kawasan hutan Virginia dan tidak jelas sama ada juruterbang melantunkan dirinya keluar sebelum pesawat terbabit terjunam.
Pesawat itu adalah sebahagian daripada jet pejuang udara National Guard ke-104 dari Westfield, Massachusetts, kata jurucakap Pentagon Kolonel To Crosson.
Jet dengan tempat duduk tunggal itu terhempas pada kira-kira jam 9 pagi (9 malam waktu Malaysia) di kawasan luar bandar berhampiran bandar Deerfield di Hutan Nasional George Washington dan Jefferson, kira-kira 290 kilometer di barat daya Washington DC.
Pesawat itu tidak membawa senjata ketika ia terhempas, kata Kolonel James Keefe, Komander Sayap Pejuang ke-104.

"Pesawat itu sedang melakukan penerbangan ke stesen udara tentera laut New Orleans. Juruterbang terbabit tidak melaporkan sebarang kecemasan sebelum hilang perhubungan sejurus selepas 9 pagi, kata Keefe.
Katanya, pada masa ini pihaknya tidak lagi menerima sebarang perhubungan dengan juruterbang berkenaan dan sedang melakukan misi menyelamat. - AFP
Tiada ulasan
Catat Ulasan