Ugut mahu bakar bank dengan menyimbah petrol ke atas kaunter. Itu yang dilakukan seorang penjenayah ketika cuba merompak sebuah bank di Jal...
Ugut mahu bakar bank dengan menyimbah petrol ke atas kaunter. Itu yang dilakukan seorang penjenayah ketika cuba merompak sebuah bank di Jalan Sungai Dua, di sini hari ini.
Bagaimanapun, tindakannya memakan diri apabila mati ditembak oleh pengawal keselamatan yang bertugas di situ.
Dalam kejadian pada jam 11.17 pagi, suspek memakai topi dan berkaca mata hitam masuk ke dalam bank sebelum mengarahkan semua pelanggan dan pekerja bank diam dan mematuhi arahannya.
Difahamkan, suspek mengugut untuk membakar bank berkenaan jika ada yang cuba melawan.
Namun, pengawal keselamatan yang menyedari kejadian itu mengambil tindakan pantas dengan menembaknya.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A Thaiveegan berkata, terdapat beberapa pelanggan dan pekerja sedang berurusan ketika itu.
Beliau berkata, mereka yang berada dalam bank itu tidak mengalami sebarang kecederaan namun panik seketika dengan insiden berkenaan.
"Pengawal keselamatan melepaskan dua das tembakan dan satu daripadanya mengenai bahagian dada. Suspek mati serta-merta di tempat kejadian," katanya kepada media di tempat kejadian.
Menurutnya, pemeriksaan ke atas mayat suspek menemui parang yang diletakkan di bahagian pinggang selain dua botol berisi petrol.
Sinar Harian
Tiada ulasan
Catat Ulasan