Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Bawa Sabah Keluar Malaysia | AKTA HASUTAN Menanti

Polis Sabah menerima satu laporan polis semalam berhubung terdapat kumpulan yang aktif menyampaikan gerakan membawa Sabah keluar dari Ma...

Polis Sabah menerima satu laporan polis semalam berhubung terdapat kumpulan yang aktif menyampaikan gerakan membawa Sabah keluar dari Malaysia termasuk sebuah yang menggelarkan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) menerusi laman sosial seperti blog, Facebook dan Twitter.
   
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan berhubung tindakan kumpulan dan NGO terbabit yang juga didakwa aktif menyampaikan kempen dan mengedar risalah berbaur hasutan di kampung dan kawasan pedalaman Sabah.
   
"Polis telah merakam percakapan pengadu dan mengambil keterangan saksi lain untuk menegakkan siasatan.
   
"Apa yang penting saya akan mencari siapa yang melaksana kempen-kempen itu kerana sumber dari Internet dan blog yang mereka cetak, menunjukkan kumpulan itu memasuki kampung dan pedalaman berjumpa golongan tua dan muda adalah tidak bagus dan meracuni pemikiran rakyat," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
   
Sehubungan itu Jalaluddin meminta masyarakat khususnya di Sabah agar tidak terpengaruh dengan khabar angin berkaitan isu tersebut bagi mencegah sebarang perbuatan yang boleh memudaratkan keselamatan serta memecah-belahkan perkauman dan agama di negara ini.
   
"Saya juga menasihatkan agar (pihak) jangan meracuni pemikiran rakyat terutama golongan remaja kerana isu keselamatan dan ancaman boleh mengugat kestabilan ekonomi dan keharmonian negara," katanya.
   
Beliau berkata pihaknya akan berusaha untuk mengumpulkan bukti dan fakta yang berkaitan untuk membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan selain meminta orang ramai dan saksi tampil memberi kerjasama serta maklumat kepada polis. - Bernama

Tiada ulasan

Latest Articles