Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

SEMASA | PASUKAN POLIS MARIN (PPM) SEMPORNA TAHAN 10 PENDATANG ASING

Pasukan Polis Marin menggagalkan cubaan 10 pendatang asing tanpa izin untuk masuk ke negara ini selepas menahan sebuah bot pam di pera...


Pasukan Polis Marin menggagalkan cubaan 10 pendatang asing tanpa izin untuk masuk ke negara ini selepas menahan sebuah bot pam di perairan berhampiran Pulau Kulapuan dekat sini, Selasa.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Madun berkata pihaknya juga menahan juragan bot terbabit, seorang lelaki berumur 60 tahun yang tinggal di Kampung Bangau-Bangau Semporna.

Katanya anggota PPM Semporna menahan bot itu pada 2.30 petang dan ketika diperiksa, 10 penumpang di dalam bot itu tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.


Mereka terdiri daripada tujuh lelaki berumur antara 14 hingga 53 tahun dan tiga wanita berumur 15 hingga 42 tahun, katanya dalam satu kenyataan, Rabu.

Menurutnya siasatan mendapati bot berkenaan sedang dalam perjalanan dari Pulau Sitangkai, Filipina ke Kampung Bangau-Bangau Semporna.


Beliau berkata kesemuanya diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut. — BERNAMA

Tiada ulasan

Latest Articles