Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Berita Dunia | Hukuman Sebat ke atas 5 Warga Acheh

Selepas lebih lapan tahun, ini adalah kes pertama lima penduduk dari daerah Pidie di wilayah ini, semalam menjalani hukum rotan secara ter...

Selepas lebih lapan tahun, ini adalah kes pertama lima penduduk dari daerah Pidie di wilayah ini, semalam menjalani hukum rotan secara terbuka kerana kesalahan berjudi, satu perbuatan yang melanggar undang-undang Syariah yang dikuatkuasakan di Aceh.

Portal satu sabah
Hukuman Rotan
Hukuman sebat di khalayak ramai itu dilaksanakan di perkarangan Masjid Al-Falah di Siqli dengan disaksikan kira-kira 1,000 orang selepas solat Jumaat lalu.

"Satu daripada mereka dirotan sebanyak lapan kali, manakala empat yang lain disebat sebanyak tujuh kali.'' kata Ketua Agensi Perintah Awam Aceh dan Polis Syariah, Sabaruddin Hasan kepada Jakarta Globe, semalam.





Hukuman sebat itu yang dilaksanakan di atas sebuah pentas khas di hadapan masjid itu dijalankan oleh dua pegawai bertugas yang menutup wajah mereka.

Sabaruddin berkata, rakyat Aceh tertarik untuk menyaksiksan hukuman itu.

"Sebat lagi ... padan muka anda!'' teriak seorang penduduk yang menyaksikan hukuman itu.

Sabaruddin berkata, Polis Syariah Aceh sebenarnya berlembut dengan pesalah kerana mereka yang menerima hukuman sebanyak lapan sebatan sepatutnya dijatuhi hukaman sembilan rotan, manakala empat yang lain sepatutnya disebat sebanyak lapan kali.

Namun, kerana mereka telah menjalani hukuman penjara selama sebulan, hukuman sebat ke atas mereka dikurangkan.

Di bawah undang-undang Syariah yang dikuatkuasakan pada 2003, penduduk Aceh yang didapati bersalah berjudi boleh dijatuhi hukuman rotan sebanyak 12 kali. - AGENSI

Tiada ulasan

Latest Articles