Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Khidmat Anggota Bomba Diperlukan Bagi Memindahkan Lelaki Mempunyai Masalah Obesiti

Anggota Bomba Bersedia untuk melakukan apa sahaja tugasan asalkan dapat membantu menyelesaikan masalah masyarakat di sekeliling. Kita mung...

Anggota Bomba Bersedia untuk melakukan apa sahaja tugasan asalkan dapat membantu menyelesaikan masalah masyarakat di sekeliling. Kita mungkin biasa mendengar Khidmat Bomba untuk menangkap ular di rumah, mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta dan bermacam lagi. 

Persepsi masyarakat terdahulu apabila mendengar perkataan Bomba ialah ada kejadian kebakaran di sesuatu kawasan. Mungkin ini adalah kali pertama anda mendengar Anggota Bomba membantu seorang lelaki yang mempunyai masalah obesiti.

Baca seterusnya berita yang dipetik dari Harian Metro ini.

Sepasukan lapan anggota bomba dipanggil bagi memberikan perkhidmatan bantuan khas memindahkan seorang lelaki mempunyai masalah obesiti dengan berat 280 kilogram.

Difahamkan, lelaki berkenaan dipindahkan dari Wad Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini, untuk dibawa pulang ke rumahnya di Bandar Baru Farlim, Air Itam, jam 3.50 petang semalam.

Berat badan lelaki itu menyukarkan usaha kakitangan HPP memindahkannya sebelum pihak pengurusan memutuskan untuk meminta bantuan bomba.

Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Jalan Perak Mohd Daud Mad Disa berkata, sejurus menerima panggilan sebuah jentera bersama lapan anggota menuju ke HPP untuk membantu usaha memindahkan lelaki berkenaan.


ANGGOTA bomba memberi bantuan kecemasan kepada M Balagi ketika dibawa turun dari wad untuk dihantar ke rumahnya.

Beliau berkata, lelaki berkenaan M Balagi, 47, diangkat menggunakan pengusung berikutan tidak mampu berdiri dan sukar dipapah.

“Kami mengambil masa satu jam bagi melakukan persiapan mengusung lelaki itu sebelum dia dibawa turun dari tingkat satu bangunan wad berkenaan dan dipindahkan ke dalam van sebelum dihantar ke rumahnya,” katanya.



“Dengan bantuan semua anggota, kakitangan HPP dan lelaki itu sendiri, tugasan itu dilakukan dengan lancar tanpa masalah,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, anggota bomba melakukan tugasan itu dengan berhati-hati bagi mengelakkan berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

Difahamkan, bomba turut membantu memindahkan lelaki berkenaan untuk dibawa naik ke rumahnya di tingkat sembilan sebuah flat di Bandar Baru Farlim.

Kisah mengenai lelaki berkenaan yang mempunyai masalah obesiti mendapat perhatian umum selepas dia terjatuh ketika berjalan ke tandas di rumahnya pada 26 Oktober tiga tahun lalu.

TERIMA KASIH ANGGOTA BOMBA MALAYSIA.

Tiada ulasan

Latest Articles