Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Dunia : Polis Sempat Ambil Gambar Pencuri Sebelum Mengejutkannya

PENCURI TERLENA DI RUMAH MANGSA DITANGKAP POLIS Sarasota (Florida): Seorang pencuri ditangkap selepas polis menemuinya tertidur di ata...

PENCURI TERLENA DI RUMAH MANGSA DITANGKAP POLIS


Sarasota (Florida): Seorang pencuri ditangkap selepas polis menemuinya tertidur di atas katil di rumah mangsa.

dunia portal satusabah

Polis sempat merakam gambar dia terlena sebelum mengejutkannya.

Dion Davis, 29, ditemui tertidur di atas katil di sebuah rumah di Sarasota County oleh seorang pembantu rumah yang kemudian menelefon polis.




Di sebelahnya ialah beg plastik berisi barang kemas milik tuan rumah yang diambilnya sebelum dia tertidur.

Apabila polis tiba, mereka merakam gambar Davis dengan menggunakan telefon bimbit masing-masing.

Davis yang menyifatkan dirinya sebagai ‘Juruteknik Kelengkapan Keselamatan’ dalam Facebooknya ditahan dan dituduh merompak.

Pembantu rumah itu memberitahu polis, dia tiba untuk membersihkan rumah berkenaan dan mendapati tingkap dapur terbuka serta Davis lena di atas katil.

Polis berkata, pencuri berkenaan sebelum itu menyelongkar laci dan almari di seluruh rumah berkenaan untuk mencari barang berharga.- Agensi

Tiada ulasan

Latest Articles