Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Operasi OPS CANTAS TERKINI Tahan 141 PATI

Serbuan OPS Cantas Besar-besaran Seramai 141 pendatang haram di penempatan Kampung Lobou, Menggatal di sini berjaya dicekup pihak berkua...

Serbuan OPS Cantas Besar-besaran

Seramai 141 pendatang haram di penempatan Kampung Lobou, Menggatal di sini berjaya dicekup pihak berkuasa.
Portal satusabah
Operasi OPS CANTAS TERKINI Tahan 141 PATI

Serbuan yang dijalankan bermula jam 11 malam itu membabitkan tangkapan ke atas pendatang tanpa izin (PTI) warganegara Filipina berusia 3 hingga 50 tahun.
Ketua Polis Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, kesemua yang ditahan didapati tidak mempunyai sebarang dokumen sah dan kini direman bagi tindakan lanjut sebelum dihantar ke Pusat Tahanan Sementara (PTS) Papar.
“Serbuan sempena Ops Cantas Khas Bersepadu mencegah PTI dan setinggan itu menyaksikan pemeriksaan ke atas 149 individu dengan 141 daripadanya ditahan kerana tidak mempunyai dokumen sah.


“Dalam pada itu, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) yang turut menyertai serbuan berkenaan mengambil tindakan menyenaraikan 76 rumah di perkampungan itu untuk dirobohkan selepas didapati melanggar peraturan.
“Kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut,” katanya.
Chandra berkata operasi terbabit melibatkan 15 pegawai dan 177 anggota selain disertai Ketua Pengarah DBKK Datuk Yeo Boon Hai termasuk Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Pasukan Petugas Khas Persekutuan (PPKP), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
-UTUSAN BORNEO

Tiada ulasan

Latest Articles