Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

SEMASA : PANIK ! BELON BESAR SEBUAH PASARAYA TERBANG MENGHEMPAP KERETA

Belon yang digunakan untuk aktiviti luar kanak-kanak di sebuah pasaraya di sini terbang ditiup angin sebelum jatuh menghempap sebuah kere...

Belon yang digunakan untuk aktiviti luar kanak-kanak di sebuah pasaraya di sini terbang ditiup angin sebelum jatuh menghempap sebuah kereta yang berhenti di persimpangan lampu isyarat di sini, semalam.

Dalam kejadian sekitar jam 5 petang itu, tiada kecederaan dilaporkan hanya suasana panik menyelubungi pengguna jalan raya.

Gangguan trafik turut berlaku kurang sejam untuk memberi ruang pekerja mengalihkan permainan tersebut.



Seorang pelanggan yang mahu dikenali sebagai Siva, 30 berkata, dia berada di medan selera kawasan luar pasaraya sewaktu kejadian.

“Sebelum alat permainan itu terbang, saya ada ternampak dua pekerja cuba menahannya, tapi gagal kerana angin kencang.

“Sekurang-kurangnya 20 minit diambil mereka untuk mengalihkan belon dari kereta yang terperangkap,” katanya.

Difahamkan tapak permainan itu ditutup sementara waktu untuk mengelakkan insiden sama berulang.

Ia baru dibuka minggu lalu di atas tapak yang disewakan oleh pengurusan pasaraya.

Tiada ulasan

Latest Articles