Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

SEMASA : Warga Pakistan Kahwin Wanita Berusia Untuk Menetap di Malaysia

"Ada dalam kalangan mereka yang ketika ditanya tidak tahu mengenai isteri termasuk nombor telefon isteri mereka sendiri,”  Warga...

"Ada dalam kalangan mereka yang ketika ditanya tidak tahu mengenai isteri termasuk nombor telefon isteri mereka sendiri,” 

Portal Satu Sabah
Warga Pakistan ditaham dalam satu Operasi
Warga Pakistan kini menggunakan pelbagai cara bagi mengelak ditahan pihak berkuasa termasuk mengahwini wanita berusia supaya mereka dapat tinggal lebih lama di negara ini.

Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Terengganu, Mohd Shahrir Khalil berkata, trend itu sudah lama di negeri ini.

“Kebanyakan mereka dari Pakistan. Mereka menggunakan cara memikat wanita tempatan yang berusia dalam lingkungan umur 50-an untuk berkahwin semata-mata mahu tinggal lebih lama di negara ini.



“Kebanyakan warga Pakistan berusia lingkungan 20 hingga 30-an ini menjalankan perniagaan seperti menjual perabot, karpet dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata, trend sebegitu seolah-olah mempergunakan wanita tempatan bagi menyelamatkan mereka daripada ditahan pihak berkuasa.

"Ada dalam kalangan mereka yang ketika ditanya tidak tahu mengenai isteri termasuk nombor telefon isteri mereka sendiri,” katanya.

Mohd Shahrir ditemui selepas operasi bersepadu di lima lokasi meliputi tiga daerah iaitu Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu, semalam.

Beliau berkata, dalam operasi itu seramai 23 warga asing dan tujuh rakyat tempatan diperiksa manakala tiga lelaki Pakistan ditahan kerana tinggal lebih tempoh ditetapkan serta melanggar syarat pas masuk ke negara ini.

Kesemua mereka melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1963 dan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(c) kerana tinggal di negara ini melebihi tempoh ditetapkan serta Peraturan 39 (b) kerana melanggar syarat pas.
-Sinar Harian-

Tiada ulasan

Latest Articles