Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Sistem Kupon Letak Kereta DBKK Bermula 1 OKTOBER 2014

Terbaru Sabah - Bandaraya Kota Kinabalu perkenal  Sistem Kupon Letak Kereta DBKK Bermula 1 OKTOBER 2014.  Sistem Kupon Letak Kereta DBK...

Terbaru Sabah - Bandaraya Kota Kinabalu perkenal Sistem Kupon Letak Kereta DBKK Bermula 1 OKTOBER 2014. 

Portal Satu Sabah
Sistem Kupon Letak Kereta DBKK Bermula 1 OKTOBER 2014
Setelah mendapat kelulusan daripada Kabinet Negeri Sabah pada 28hb Mei 2014, DBKK akan memperkenalkan Sistem Kupon Letak Kereta di seluruh Bandaraya Kota Kinabalu bermula pada 1hb Oktober 2014. Dengan pengenalan sistem ini, maka sistem tiket letak kereta yang sedia ada akan dimansuhkan. Untuk makluman, sistem kupon letak kereta ini telah digunakan secara meluas di lebih 40 pihak berkuasa tempatan  di seluruh Malaysia.

Di dalam Sistem Kupon Letak Kereta, terdapat 3 jenis kadar letak kereta iaitu ‘jangka pendek’ (Kategori A) nombor siri petak letak kereta berwarna kuning dan ‘jangka panjang’ (Kategori B) nombor siri petak letak kereta berwarna hijau serta tempat letak kereta ekslusif iaitu A1 nombor siri petak letak kereta berwarna merah. Selain itu, bagi memberikan keselesaan kepada pengguna juga, DBKK ada menyediakan kupon letak kereta bulanan bagi kegunaan di tempat letak kereta jangka panjang. 

Untuk makluman tuan/puan, sistem kupon letak kereta ini memberi keselesaan kepada pengguna kerana mereka tidak perlu mencari pembantu letak kereta untuk membuat pembayaran, sebaliknya mereka kini boleh membeli kupon terlebih dahulu. Ini secara tidak langsung akan memberikan faedah kepada pengguna kerana mereka tidak akan dikenakan caj penalti lagi akibat tiket letak kereta yang belum dibayar seperti yang ada di dalam sistem tiket. Pengguna juga kini lebih berdisiplin kerana mereka harus merancang tempoh penggunaan tempat letak kereta mereka berdasarkan aktiviti-aktiviti mereka. Akibatnya, ini akan menyebabkan perolehan tempat letak kereta yang lebih tinggi dan ia pastinya akan meningkatkan ketersediaan tempat letak kereta di Bandaraya Kota Kinabalu ini. 

        


Untuk permulaan, kupon letak kereta ini boleh dibeli di semua Pondok Jualan DBKK, semua Inspektor Letak Kereta yang akan bertindak sebagai Penjual Bergerak dan Wakil Maklumat di seluruh kawasan Bandaraya dan juga Kaunter Jualan Bergerak yang akan dibuka di beberapa kawasan terpilih. Selain itu, ianya juga boleh di dapati di Kaunter-kaunter utama DBKK iaitu: – 

  • Kaunter No.6, Bangunan Ibu Pejabat DBKK, tingkat bawah, No.1 Jalan Bandaran.
  • Kaunter DBKK di tingkat 6 bangunan UTC Sabah dan 
  • Kaunter Bahagian Pengurusan Tempat Letak kereta, DBKK Holdings di Lot 1.49-1.54, Tingkat 1, KK Plaza Shopping Complex. 
  • Kaunter Pembayaran Setempat DBKK, Tingkat 7, Centre Point Sabah. DBKK juga merancang untuk melantik ejen-ejen jualan kupon letak kereta di masa akan datang bagi memudahkan orang ramai membeli kupon letak kereta mereka.

Untuk makluman juga, bermula pada 01hb Oktober 2014, DBKK tidak akan mengeluarkan tiket letak kereta lagi. Namun demikian, pihak DBKK terus menggesa orang awam untuk membayar tiket letak kereta mereka. Bagi mereka yang belum menerima Notis Tuntutan hendaklah membayar hutang tertunggak mereka dengan kadar segera kerana jika tidak mereka akan dirujuk ke Mahkamah Bandaraya untuk tindakan lanjut.

Untuk keterangan lanjut mengenai sistem kupon letak kereta dan juga menyemak hutang tertunggak, orang ramai boleh melawat ke Pondok jualan Kupon DBKK, Kaunter-Kaunter bergerak dan juga inspektor tempat letak kereta ataupun terus menghubungi:

Bahagian Pengurusan Letak Kereta, DBKK Holdings Sdn Bhd,
Tingkat 1, KK Plaza Shopping Complex, KOTA KINABALU.
No: Tel: 088-270 181/270 182, Faks: 270 187
atau  Web: http://www.dbkk.sabah.gov.my 

Tiada ulasan

Latest Articles