Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

BAJET 2015 : RM660 juta ESSCOM SAMBUT BAIK PERUNTUKAN TERSEBUT

BAJET 2015 : RM660 juta ESSCOM SAMBUT BAIK PERUNTUKAN TERSEBUT KOTA KINABALU : Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) m...

PORTAL SATUSABAH
BAJET 2015 : RM660 juta ESSCOM SAMBUT BAIK PERUNTUKAN TERSEBUT

KOTA KINABALU: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) menyambut baik peruntukan RM660 juta dalam Bajet 2015 bagi memperkukuh dan menambahbaik ESSCOM yang bertanggungjawab menyelaras pelbagai agensi keselamatan dan pertahanan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

Pengarah Awam ESSCOM Ruji Ubi berkata peruntukan itu akan membolehkan usaha mengekalkan keselamamatn dan kesejatheraan penduduk di Esszone dapat dilaksanakan dengan lebih terancang dan berkesan.

“Dengan adanya peruntukan itu, aspek keselamatan di kawasan Esszone akan dapat dipertingkatkan termasuk membaikpulih pos-pos kawalan, menambah anggota dan menambahbaik kelengkapan operasi pertahanan dan keselamatan termasuk sistem radar pengawasan berkeupayaan tinggi.

“Masyarakat di Esszone bertuah kerana diberi perhatian dalam pembangunan terutama dalam aspek keselamatan dan pertahanan.

“Esscom berharap seluruh penduduk di Esszone dapat bersama-sama dengan agensi kerajaan untuk memastikan keselamatan dan kesejatheraan rakyat terus terpelihara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas “Bajet 2015:  Ekonomi Keperluan Rakyat”, yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, di sini, kelmarin.

Ruji berkata, peruntukan yang besar itu juga membuktikan kesungguhan kerajaan Pusat untuk memastikan Sabah, khususnya di Esszone terus aman dan damai.

Peruntukan sebanyak RM660 juta itu merangkumi penambahan satu battalion Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis DiRaja Malaysia dan satu batalion Tentera Darat dengan 1,280 anggota baharu yang diluluskan.

Selain itu, dua kem juga akan dibina di Esszone iaitu Kem Batalion 20 PGA di Beluran dan Kem Angkatan Tentera Malaysia di Felda Sahabat, Lahad Datu, Sabah.

Esszone merangkumi 10 daerah iaitu Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, dan Tawau, yang meliputi 1,733.7 kilometer. 

Ketika membentangkan Bajet itu, Najib dipetik sebagai berkata, kerajaan juga akan menggunakan satu pelantar minyak yang diubah suai dan sebuah kapal ‘auxillary’ sebagai ‘Sea Basing’ di perairan ESSZONE dengan peruntukan sebanyak RM230 juta melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat Petronas.

Selain itu, kerajaan akan memanjangkan landasan lapangan terbang di Lahad Datu dan perpindahan Skuadron Hawk dari Butterworth ke Labuan dengan peruntukan RM50 juta dan perkampungan air seperti di Semporna dan Sandakan akan ditempatkan semula secara berperingkat-peringkat.


Tiada ulasan

Latest Articles