Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

KEPUTUSAN PIALA MALAYSIA 2014 : FELDA, KEDAH MARA, SELANGOR, KELANTAN PUTIH MATA

KEMASKINI KEPUTUSAN PIALA MALAYSIA SUKU AKHIR  - 10/10/2014 PIALA MALAYSIA 2014 : FELDA, KEDAH MARA, SELANGOR, KELANTAN PUTIH MATA ...


PORTAL SATUSABAH
PIALA MALAYSIA 2014 : FELDA, KEDAH MARA, SELANGOR, KELANTAN PUTIH MATA
Tiada lagi kelibat finalis tahun lalu, Kelantan dalam kempen Piala Malaysia musim ini selepas tumbang 3-0 kepada Kedah pada aksi timbal balik kedua Suku akhir Piala Malaysia, malam tadi.

Hadir ke Stadium Darul Aman, Kedah dengan kelebihan agregat hasil kemenangan 3-1 pada perlawanan pertama di Kota Bharu jelas tidak mencukupi buat Kelantan apabila tuan rumah tampil dengan aksi berbeza.

Sekalipun perlawanan tertangguh hampir 10 minit akibat 'black out', lebih 25 ribu penonton majoriti penyokong Kedah yang memenuhi stadium akhirnya pulang dengan senyuman.

Penyokong Kedah begitupun seakan resah apabila tiada jaringan berjaya dihasilkan ketika perlawanan babak pertama hampir berakhir sebelum Muhd Hanif Mat Dzahir memecah tirai jaringan dengan gol pembukaan tiga minit sebelum babak pertama tamat.


PENYERANG Selangor Paulo Rangel (kiri) diasak pemain FELDA United pada perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Temerloh. Selangor tersingkir pada kempen kali ini hasil keputusan agregat 7-3

Hasil satu serangan balas, kegagalan pertahanan Kelantan Brendan Gan untuk mengeluarkan bola dari kawasan selamat berjaya dirampas Hanif yang melepaskan rembatan mengatasi penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.


Di Stadium Temerloh Pahang, FELDA United yang memiliki kelebihan besar agregat 4-0 hasil kemenangan pada perlawanan pertama sedikit resah apabila Selangor menampilkan permainan berbeza.

Begitupun, harapan kebangkitan yang dijelmakan oleh Selangor hanya sementara apabila jentera pertahanan terus menampil aksi longlai untuk menamatkan perlawanan dengan keputusan seri 3-3.


Keputusan perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia, malam ini 10/10/2014


- FELDA United 3 Selangor 3

Gol - Fel - Edward Junior Wilson (m48, 69) Indra Putra Mahayuddin (m85), Sel - Paulo Rangel (m30, 62) Andik Vermansah (m52)

Agregat 7-3

- Kedah 3 Kelantan 0

Gol: Muhd Hanif Mat Dzahir (m42) Baddrol Bakhtiar (m51) Muhd Syafiq Ahmad (m88)

Agregat 4-3

FELDA United dan Kedah mara ke separuh akhir.

Tiada ulasan

Latest Articles