Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Berita Sabah : Warga Asing dipenjara 20 Tahun Sebabkan Kematian

LAHAD DATU: Seorang lelaki warga asing dihukum penjara 20 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini kelmarin, atas kesalahan menyebabkan kemati...

LAHAD DATU: Seorang lelaki warga asing dihukum penjara 20 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini kelmarin, atas kesalahan menyebabkan kematian seorang lelaki, pada Mac tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen, Puan Egusra Ali memerintahkan hukuman terhadap Kasman Udin, 38, berkuatkuasa mulai dari tarikh dia ditangkap pada 14 Mac 2013.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum dibawah undang-undang dan akta yang sama.

Portal Satu Sabah
[GAMBAR HIASAN] Berita Sabah : Warga Asing dipenjara 20 Tahun Sebabkan Kematian
Berdasarkan fakta kes, tertuduh telah melakukan kesalahan itu di sebuah rumah kongsi Felda Sahabat 7, Bandar Cenderawasih Lahad Datu, lebih kurang pukul 11 pagi, pada 14 Mac 2013, dengan menyebabkan kematian Unding Tolleng,40.

Oleh yang demikian, mahkamah juga memerintahkan tetuduh di rujuk kepada Jabatan Imigresen sebaik sahaja selesai menjalani tempoh hukuman penjaranya untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Sabah, Norbert Liew Chee Vui.


Tiada ulasan

Latest Articles