Berita Sarawak : Terkini Perompak Gagal Larikan Mesin ATM MIRI: Dua perompak bertopeng gagal melarikan sebuah mesin juruwang automatik...
![]() |
Berita Sarawak : Terkini Perompak Gagal Larikan Mesin ATM |
MIRI: Dua perompak bertopeng gagal melarikan sebuah mesin juruwang automatik (ATM) Bank Simpanan Nasional (BSN) Cawangan Permyjaya dalam kejadian pada awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Miri ACP Gan Tian Kee memberitahu, kejadian dilapor berlaku pada jam 5.10 pagi dan berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang diletakkan di ATM terbabit.
Menurut Gan, penjenayah mengenakan pakaian gelap dan bersarung tangan hanya berjaya melarikan salah satu CCTV yang terletak di luar bank.
“Suspek mengumpil salah satu mesin ATM dengan mengguna batang besi kuku kambing. Suspek cuba menarik mesin mengguna tali kabel namun tidak berjaya,” jelasnya.
Katanya salah satu pintu kaca pecah terkena tali kabel ketika cubaan perompak menarik mesin tersebut.
Gan menambah, perompak melarikan diri setelah sistem penggera berbunyi.
“Dianggar terdapat RM300,000 wang tunai dalam ATM itu. Namun, perompak gagal memperolehnya.
Hanya bahagian depan ATM yang rosak,” jelasnya. -UTUSAN BORNEO
Tiada ulasan
Catat Ulasan