Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

EDAR DADAH : Inspektor Penyiasat dan Rakan Dicekup

EDAR DADAH : Inspektor Penyiasat dan Rakan Dicekup Seorang Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daer...

Portal Satu Sabah
EDAR DADAH : Inspektor Penyiasat dan Rakan Dicekup
Seorang Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh dan seorang rakannya ditahan di sebuah rumah pangsa di Pulau Pinang semalam kerana disyaki memiliki syabu.

Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata sejumlah dadah ditemui bersama pegawai berpangkat Inspektor berusia 30 tahun itu.

"Pegawai ini baharu sahaja melaporkan diri di IPD Ipoh lebih kurang enam bulan lepas. Ujian air kencing turut mendapati pegawai dan rakannya itu positif dadah," katanya kepada pemberita pada majlis serah tugas Ketua Polis Perak.

Jawatan itu akan dipangku Datuk A. Paramasivam yang kini menjawat jawatan timbalan ketua polis Perak sementara Acryl Sani akan menyandang jawatan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman mulai 20 Okt ini.

Kes itu telah diserahkan kepada polis Pulau Pinang untuk menjalankan siasatan.

Acryl Sani berkata pihak polis tidak akan berkompromi dengan pegawai dan anggotanya yang melakukan kesalahan jenayah dan tindakan akan diambil mengikut undang-undang sedia ada.

"Untuk jadikan PDRM sebagai pasukan relevan dan dihormati, kita tidak akan bertolak ansur, dasar kerajaan adalah tegas, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah," katanya.

Berucap pada majlis itu, beliau berkata sepanjang memegang tampuk kepimpinan polis di Perak, negeri ini mencapai prestasi cemerlang dari segi penurunan kadar jenayah serta kepuasan masyarakat awam terhadap isu keselamatan.

"Warga kontinjen Perak mempunyai cara kerja yang positif dengan menghayati peranan sebagai warga pasukan yang semakin hari semakin prihatin terhadap tanggungjawab dan amanah untuk bekerja serta memberi perkhidmatan terbaik terhadap rakyat," katanya.

MSTAR ONLINE

Tiada ulasan

Latest Articles