Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

KEJAM! Bayi Lelaki ditinggalkan di Perkarangan Masjid

Bayi Lelaki Ditemui Di Surau SHAH ALAM: Seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan ditemui di perkarangan sebuah surau di Jalan Pl...

Portal Satusabah
Bayi Lelaki Ditemui Di Surau
SHAH ALAM: Seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan ditemui di perkarangan sebuah surau di Jalan Platinum, Seksyen 7 di sini awal Khamis.

Menurut jurucakap polis, bayi seberat 3.15 kg itu ditemui orang awam dalam keadaan dibalut dengan selimut pada kira-kira 2 pagi.

"Bayi yang masih bertali pusat itu dipercayai baru dilahirkan antara tiga dan empat jam sebelum ditemui," katanya ketika dihubungi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Azisman Alias ketika dihubungi turut mengesahkan menerima laporan mengenai penemuan itu.

"Bayi itu kini berada di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dalam keadaan sihat...siasatan masih diteruskan bagi mengesan individu yang bertanggungjawab membuang bayi berkenaan," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis terdekat bagi membantu siasatan. 

MSTAR

Tiada ulasan

Latest Articles