26/02/2015 : Satu Video terbaru yang bertarikh 21/02/2015 (Sabtu) yang terus menjadi VIRAL di laman sosial sejak kelmarin iaitu video...
Ia mengundang banyak persoalan bagaimana dengan MUDAH pencuri itu boleh lolos melalui pintu hadapan kedai tersebut tanpa ada pengawal atau staff kedai yang mengawal pelanggan yang keluar masuk kedai.
Melalui carian saya daripada komen orang ramai termasuk staff kedai tersebut antara punca kejadian ini berlaku adalah :
[KOMEN DARIPADA ORANG DALAM]
staff ada.. memang ada.. tapi dikena kasih budu2 oleh geng2 pencuri kunun2 mau tanya barang.. mcm kena pukau ba.. bukannya teda staff.. cctv memang ada pengawasan tp di pintu ofis pun ada yg menjaga oelh geng2 pencuri.. nampak staff keluar dr ofis time sana la durang buat…[KOMEN PELANGGAN PADA HARI KEJADIAN]
Dalam CCTV tu saya masuk jam 8.19mlm dan keluar jam 8.23mlm. Rambut perang baju-T seluar jeans pendek tu saya masuk beli air tebu kotak kecil dalam pack.[KOMEN ORANG AWAM]
Pekerja lelaki jaga tempat simpan barang di luar tu malar layan handphone. Sementara cashier perempuan dgn seorang pengawal lelaki separuh umur pakai baju putih asyik bercerita di pintu laluan di sebelah tu.. Selepas cashier perempuan tu layan saya bayar, dia balik semula berbual dgn pengawal tu dgn rancak.
kalau macam ni salah pengurusan kedai lah sebab macam senang jer keluar masuk kedai bawak barang pun macam dah bayar jer bawak keluar....kauter juruwang duduk mana.Kesimpulannya Perbuatan Mencuri ADALAH menyalahi undang-undang dunia dan akhirat. Pencuri sentiasa akan mencari peluang. Kelalaian kita akan membawa padah.
Apa yang berlaku ini adalah sebagai peringatan kita semua agar sentiasa peka dengan keadaan sekeliling. Ambil Ikhitbar daripada kejadian ini dan doakan kepada mereka ini agar segera bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. LIHAT VIDEO SINI
PENAFIAN --Tulisan di atas hanyalah gambaran awal dari penulis selepas membaca komen-komen di laman sosial dan bertujuan berkongsi cerita kepada kawan-kawan. Penulis Tidak Pernah MENJAMIN petikan KOMEN yang dipetik dari komen pengguna laman sosial ini adalah BENAR dan TEPAT--
ليست هناك تعليقات
إرسال تعليق