Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Kemalangan di Keningau-Sapulut, Motorsikal Bertembung Kereta

Seorang pelajar perempuan maut dalam kemalangan selepas motosikal dinaiki bersama rakannya bertembung dengan sebuah kenderaan di Kilo...

Berita sabah terkini

Seorang pelajar perempuan maut dalam kemalangan selepas motosikal dinaiki bersama rakannya bertembung dengan sebuah kenderaan di Kilometer 70, Jalan Keningau-Sapulut, dekat sini, pada jumaat.

Dalam kejadian itu, mangsa berumur 17 tahun disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Nabawan, akibat kecederaan parah pada bahagian kepala manakala dua rakan mangsa yang berada dalam keadaan kritikal kini dirawat di Hospital Keningau.

Ketua Polis Daerah Deputi Superitendan Douglas Taong berkata, sementara itu pemandu kenderaan berkenaan, isteri serta anak perempuan mereka yang berumur sembilan tahun, tidak mengalami apa-apa kecederaan dalam kemalangan itu.

“Berdasarkan laporan polis, motosikal yang dinaiki tiga pelajar itu serta kenderaan dipandu lelaki berumur 52 tahun itu bertembung dari Keningau-Nabawan menuju ke Sapulut. Tiba di tempat kejadian, kenderaan itu membelok masuk ke simpang Kampung Sarikan di sebelah kanan jalan untuk singgah di rumah ibu mertuanya. Semasa masuk simpang tersebut, pemandu tadi membrek kenderaannya kerana permukaan jalan di kepala simpang tersebut berlubang.

“Pada masa yang sama, motosikal  yang datang dari arah hadapan kenderaan telah terlanggar pada bahagian tepi belakang sebelah kiri kenderaan itu.  Akibat dari perlanggaran tersebut, pemandu dan keluarganya tidak mengalami apa-apa kecederaan manakala ketiga-tiga mangsa yang tidak memakai topi keledar telah tercampak ke atas jalan raya,” katanya di sini hari ini.

Douglas berkata, siasatan awal pihak polis mendapati kemalangan disebabkan oleh kecuaian pemandu kenderaan yang masuk ke simpang di sebelah kanan tanpa memberi laluan kepada motosikal yang datang dari arah hadapannya. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987.

Sementara itu, dalam kemalangan berasingan seorang kanak-kanak perempuan berumur lima tahun terkorban dalam kemalangan membabitkan kenderaan Toyota Vigo di Kilometer 22 Jalan Keningau – Sook, awal pagi ini.

Dalam kejadian itu seorang lelaki berumur 22 tahun mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan dua lagi wanita mengalami kecederaan ringan.

Kejadian itu berlaku semasa kenderaan terbabit yang dipandu oleh seorang lelaki berumur 54 tahun menuruni selekoh bukit yang dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke tepi kiri jalan dan terlanggar pokok dan menyebabkan kenderaan itu terbalik mengiring di atas jalan.


Siasatan awal pihak polis mendapati kemalangan disebabkan pemandu yang hanya mengalami kecederaan ringan itu  hilang kawalan dipercayai mengantuk.
PERKONGSIAN TEKNIK MEMASAK LELAKI MALAS?


ليست هناك تعليقات

Latest Articles