Seorang gadis yang dipercayai melarikan diri dari rumah kini dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS) selepas motosikal yang ditunggang...
Seorang gadis yang dipercayai melarikan diri dari rumah kini dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS) selepas motosikal yang ditunggangi oleh kekasihnya terlibat dalam kemalangan jalan raya awal pagi semalam.
Mangsa, 17, bersama kekasihnya yang berusia 33 tahun semasa kejadian dikatakan menuju ke Tabuan Jaya sebelum berlanggar dengan sebuah kereta jenis MPV di persimpangan lampu isyarat sekitar jam 1 pagi.
Pasangan tersebut dikatakan tercampak dari atas motosikal sehingga menyebabkan kecederaan parah di kepala.
Orang awam yang berada di tempat kejadian segera membantu mangsa sementara menunggu ketibaan anggota paramedik.
Kedua-dua mangsa kemudian dikejarkan ke HUS oleh pihak ambulans untuk rawatan lanjut.
SILA LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI
Sehingga berita ini ditulis semalam, mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
SESUAI UNTUK ORANG DEWASA
ليست هناك تعليقات
إرسال تعليق