Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

LAHAD DATU : Tiga Maut Akibat Sesak Nafas Sembunyi Ketika "Checking"

Tiga lelaki dipercayai warga asing meninggal dunia akibat sesak nafas ketika bersembunyi di bawah pasar ikan di sini pagi Jumaat. S...

Portal Berita Sabah
Tiga lelaki dipercayai warga asing meninggal dunia akibat sesak nafas ketika bersembunyi di bawah pasar ikan di sini pagi Jumaat.

Sumber polis memberitahu mereka dikatakan bersembunyi di situ apabila menyedari operasi membanteras pendatang asing sedang dijalankan oleh pasukan keselamatan kira-kira pukul 8 pagi.

Ketiga-tiga mangsa dipercayai tidak sedarkan diri akibat kekurangan udara dan ditemui orang awam beberapa jam kemudian, katanya.

Sumber itu berkata beberapa individu lain yang turut bersembunyi di situ bagaimanapun tidak mengalami masalah sedemikian.

Sementara itu Pegawai Perhubungan Awam Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd Affendy Kamin dalam satu kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 10.46 pagi.


"Empat anggota bersama sebuah jentera tiba di lokasi tiga minit kemudian dan mendapati kesemua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar ke Hospital Lahad Datu, sebelum mereka disahkan meninggal dunia," katanya.

SESUAI UNTUK ORANG DEWASA


ليست هناك تعليقات

Latest Articles