Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

APA YANG BERLAKU DI TM POINT SADONG JAYA ?

KOTA KINABALU – Dua suspek lelaki bersenjatakan parang dan pisau, bertindak nekad merompak RM20,000 dari premis TM Point di Sadong Jaya di ...

KOTA KINABALU – Dua suspek lelaki bersenjatakan parang dan pisau, bertindak nekad merompak RM20,000 dari premis TM Point di Sadong Jaya di sini sebelum melarikan diri menggunakan sebuah motorsikal, kira-kira jam 3.00 petang hari ini.

Bilik Gerakan Polis yang menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 3.01 petang, bertindak pantas menyalurkan maklumat kepada anggota unit polis lain untuk tindakan segera.

“Kedua-dua suspek lelaki itu berbadan gempal dan mempunyai ketinggian kira-kira 5 kaki 8 inci,” menurut seorang saksi kejadian. Jenis serta nombor pendaftaran motorsikal terbabit gagal dikenalpasti.

Turut kelihatan di lokasi kejadian, beberapa anggota unit forensik dan pegawai penyiasat yang sedang melakukan siasatan. Namun, pada jam 3.37 petang, unit Pasukan Khas Pintu berjaya mengesan dan memberkas kedua-dua suspek di kawasan Sembulan.

Bagaimanapun, semua kejadian tersebut hanyalah latihan yang melibatkan tujuh unit jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk Pasukan Forensik IPK Sabah, Pasukan Khas Samun dan unit MPV polis dengan kerjasama TM Point.

“Latihan Rompakan TM Point dilaksanakan bertujuan memberikan pendedahan kepada kakitangan syarikat berkenaan mengenai tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini,” kata Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner M.Chandar di sini hari ini.

Selain itu, katanya, latihan ini juga dijadikan sebagai pengukur masa maklum balas serta tindakan yang dilaksanakan oleh elemen PDRM semasa berlakunya sesuatu kejadian jenayah.

“Ia juga sebagai salah satu penanda aras untuk menilai tahap kesiapsiagaan unit dalam PDRM dalam melaksanakan sesuatu operasi,” katanya sambil menambah bahawa sesi latihan tersebut tamat pada jam 3.48 petang.

Beliau turut mengucapkan tahniah atas komitmen yang dipamerkan oleh semua petugas yang terlibat dalam menjayakan latihan berkenaan dengan teratur.

SUMBER : SAYANG SABAH

ليست هناك تعليقات

Latest Articles