Lima orang lelaki berumur antara 21 hingga 48 tahun ditangkap selepas dipercayai terlibat dengan beberapa kes rumah serta curi motorsikal...
Lima orang lelaki berumur antara 21 hingga 48 tahun ditangkap selepas dipercayai terlibat dengan beberapa kes rumah serta curi motorsikal dalam dua serbuan berasingan pada Isnin lepas.
Pemangku Ketua Polis Daerah, Superitendan Azhar Hamin berkata, tangkapan tersebut dibuat hasil siasatan yang dijalankan terhadap aduan seorang pengadu yang mendakwa motorsikalnya dicuri.
“Mengikut fakta kes, pengadu telah meletakkan motorsikalnya di Plaza Tanjung Aru untuk pergi mengambil barang di pejabat iparnya kira-kira jam 3.50 petang 31 Mac lepas,” katanya pada sidang media di Ibupejabat Polis Daerah, Karamunsing di sini hari ini.
Menurut beliau, kira-kira 10 minit kemudian pengadu mendapati motorsikal jenis C100 itu hilang sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Tanjung Aru.
“Hasil siasatan yang dijalankan polis menyaksikan seorang lelaki tempatan berumur 21 tahun ditahan di sebuah bilik hotel di Sadong Jaya di sini jam 1.45 pagi pada Isnin lepas,” katanya lagi sambil menambah bahawa siasatan lanjut kemudian membawa kepada penangkapan empat orang lagi lelaki berumur 25 hingga 48 tahun di Rugarding, Tuaran.
Tiga suspek yang ditahan dalam serbuan jam 4.00 pagi itu merupakan warga tempatan, manakala seorang warga asing yang memegang dokumen IMM13.
“Hasil kedua-dua serbuan tersebut, polis merampas sebuah kereta Perodua Viva, 14 komputer riba, 12 utas jam tangan, sembilan telefon bimbit pelbagai jenama yang dianggarkan bernilai RM60,000,” katanya lagi.
Menurutnya, polis percaya kesemua suspek terlibat dalam beberapa kes pecah rumah serta curi motorsikal sejak hujung tahun lepas berdasarkan barangan yang dirampas pihak berkuasa. Kes disiasatan di bawah Seksyen 379A dan 457 Kanun Keseksaan.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang pernah menjadi mangsa samun atau pecah rumah supaya tampil di Balai Polis Karamunsing untuk mengenalpasti barangan yang dirampas. - SAYANGSABAH
ليست هناك تعليقات
إرسال تعليق