Seorang suspek lelaki ditahan polis petang semalam selepas disyaki memukul seorang lelaki kelainan upaya (OKU) ketika sesi minum di sebua...
Seorang suspek lelaki ditahan polis petang semalam selepas disyaki memukul seorang lelaki kelainan upaya (OKU) ketika sesi minum di sebuah rumah panjang Tanjung Latap, dekat sini baru-baru ini.
Insiden berlaku pada jam 1 petang Khamis lalu apabila suspek berumur 30-an dikatakan bertengkar dengan lelaki OKU, 40-an, ketika mereka minum arak di rumah panjang berkenaan.
Apabila naik angin, lelaki OKU terbabit bertindak mencekik suspek namun suspek bertindak balas dengan mengambil sebatang kayu lalu memukul kepala mangsa.
Akibatnya, mangsa mengalami kecederaan di kepala dan perut.
Keluarga mangsa kemudian bergegas menghantar lelaki OKU itu ke Hospital Sibu untuk mendapatkan rawatan dan kemudian pergi ke balai polis untuk membuat laporan polis sambil diiringi seorang tuai rumah serta ahli keluarga.
“Keadaan mangsa kini dilaporkan stabil selepas menerima beberapa jahitan di kepalanya,” kata sumber polis.
Polis bertindak atas maklumat menjejaki suspek di rumah panjang terbabit dan berjaya menangkap suspek pada jam 11.30 pagi semalam.
Polis turut merampas kayu dipercayai digunakan suspek memukul mangsa sebagai bahan bukti kes.
Suspek dimasukkan ke dalam lokap sementara menunggu perintah reman dan kes kini dalam siasatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan cedera dengan menggunakan senjata atau objek berbahaya.

Tiada ulasan
Catat Ulasan