WANITA TAYANG PAYUDARA Antara tajuk yang PANAS Minggu ini apabila laporan yang dikeluarkan oleh beberapa akhbar tempatan menulis selep...
WANITA TAYANG PAYUDARA Antara
tajuk yang PANAS Minggu ini apabila laporan yang dikeluarkan oleh
beberapa akhbar tempatan menulis selepas disahkan oleh Ketua Polis
Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainol iaitu wanita itu bukan warga
Iran tetapi warga tempatan berasal dari Sabah.
Di bawah ini adalah laporan terbar yang dipetik daripada akhbar KOSMO ONLINE
KUALA
LUMPUR – Seorang model dari Sabah yang bertindak menanggalkan baju
sehingga mendedahkan payudaranya di Jalan Petaling di sini pada Khamis
lalu kerana enggan membayar harga dua botol minuman keras di sebuah
restoran telah ditahan polis semalam.
Wanita
berusia 32 tahun itu ditahan pada pukul 5.30 pagi di sebuah hotel bajet
di Jalan Sultan di sini oleh sepasukan anggota polis Jabatan Siasatan
Jenayah Dang Wangi.
Ketua
Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainol Samah berkata,
pihaknya mengesahkan bahawa wanita terbabit adalah warga tempatan yang
berasal dari Sabah dan bukan warga Iran seperti yang dilaporkan akhbar
tempatan semalam.
Katanya,
wanita itu memberi butiran diri secara lisan apabila dia gagal
mengemukakan sebarang dokumen diri ketika ditahan polis di hotel
berkenaan.
“Bertindak atas maklumat yang diterima, kita pergi ke hotel berkenaan dan menahan wanita terbabit untuk siasatan.
“Kami
akan menjalankan ujian air kencing selepas siasatan awal mendapati
wanita terbabit dipercayai di bawah pengaruh dadah ketika ditahan,”
katanya di sini semalam.
Betul kaini urang sabah ?
Posted by Anak Jati Sabah on Saturday, April 25, 2015
Tiada ulasan
Catat Ulasan