Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Penunggang Motorsikal Diheret 800 Meter Dekat One Borneo

Seorang pemandu yang panik selepas terlanggar seorang penunggang motorsikal lelaki bertindak meneruskan perjalanan sambil tidak menyed...

Seorang pemandu yang panik selepas terlanggar seorang penunggang motorsikal lelaki bertindak meneruskan perjalanan sambil tidak menyedari bahawa kenderaan yang dipandunya mengheret sebahagian badan mangsa, di Jalan UMS di sini hari ini.

Pemandu kenderaan jenis Proton Iriz itu kemudian berhenti setelah menyedari telah mengheret badan mangsa kira-kira 800 meter dari lokasi kemalangan yang berlaku pada jam 6.00 pagi Khamis.

Lelaki berumur 30 tahun itu kemudian memandu ke arah Balai Polis Alamesra untuk membuat laporan mengenai kemalangan ngeri berkenaan.

Ketua Polis Daerah, Assisten Komisioner M.Chandra berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berhampiran One Borneo itu berpunca apabila penunggang motorsikal terbabit hilang kawalan sebelum terbabas dan memasuki lorong bertentangan.

“Pada masa yang sama, sebuah kereta Proton Iriz yang datang dari arah Indah Permai gagal mengelak lalu melanggar penunggang tersebut,” katanya di sini hari ini. Kemalangan itu mengakibatkan badan penunggang motorsikal jenis Honda Wave terputus dua setelah di heret sejauh l.kurang 800 meter dari tempat kejadian.

“Bahagian pinggang hingga ke kaki masih berada di tempat kejadian, manakala badan termasuk kepala mangsa diheret oleh kenderaan tersebut,” katanya lagi. Penunggang motorsikal itu dkenalpasti sebagai Adlye Stuart Okip berumur 25 tahun dan berasal dari Kuala Penyu. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SAYANG SABAH

ليست هناك تعليقات

Latest Articles