Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

WANITA ITU ADALAH SEORANG MODEL BERASAL DARI SABAH

WANITA TAYANG PAYUDARA   Antara tajuk yang PANAS Minggu ini apabila laporan yang dikeluarkan oleh beberapa akhbar tempatan menulis selep...

WANITA TAYANG PAYUDARA  Antara tajuk yang PANAS Minggu ini apabila laporan yang dikeluarkan oleh beberapa akhbar tempatan menulis selepas disahkan oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainol iaitu wanita itu bukan warga Iran tetapi warga tempatan berasal dari Sabah.

Di bawah ini adalah laporan terbar yang dipetik daripada akhbar KOSMO ONLINE

KUALA LUMPUR – Seorang model dari Sabah yang bertindak menanggalkan baju sehingga mendedahkan payudaranya di Jalan Petaling di sini pada Khamis lalu kerana enggan membayar harga dua botol minuman keras di sebuah restoran telah ditahan polis semalam.

Wanita berusia 32 tahun itu ditahan pada pukul 5.30 pagi di sebuah hotel bajet di Jalan Sultan di sini oleh sepasukan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Dang Wangi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, pihaknya mengesahkan bahawa wanita terbabit adalah warga tempatan yang berasal dari Sabah dan bukan warga Iran seperti yang dilaporkan akhbar tempatan semalam.

Katanya, wanita itu memberi butiran diri secara lisan apabila dia gagal mengemukakan sebarang dokumen diri ketika ditahan polis di hotel berkenaan.

“Bertindak atas maklumat yang diterima, kita pergi ke hotel berkenaan dan menahan wanita terbabit untuk siasatan.
BERITA SEMASA

“Kami akan menjalankan ujian air kencing selepas siasatan awal mendapati wanita terbabit dipercayai di bawah pengaruh dadah ketika ditahan,” katanya di sini semalam.
Betul kaini urang sabah ?
Posted by Anak Jati Sabah on Saturday, April 25, 2015

ليست هناك تعليقات

Latest Articles