Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Adik Ipar Diberkas Polis

Seorang remaja lelaki disyaki mencuri barang kemas kepunyaan kakak iparnya telah diberkas polis petang kelmarin. Semasa tangkapan dibuat,...

Seorang remaja lelaki disyaki mencuri barang kemas kepunyaan kakak iparnya telah diberkas polis petang kelmarin.

Semasa tangkapan dibuat, polis turut merampas seutas gelang tangan berwarna kuning daripada milik suspek untuk dijadikan barang kes.

Menurut sumber, pada 25 Mei lalu, seorang wanita telah membuat laporan polis di Balai Polis Lutong.

Dalam aduannya, pengadu, 28, dari Desa Senadin di sini mendakwa sekitar jam 7.30 malam hari sama, dia mendapati beberapa barang kemas milik dia, ibu dan anaknya yang disimpan dalam laci pakaian dalam bilik telah hilang.

Antara barangan yang hilang ialah tiga pasang anting emas bernilai RM1,000, dua bentuk cincin emas (RM500), seutas rantai leher (RM1,200), satu unit IphoneGS (Apple) bernilai RM1,100, satu unit mesin pengasah (RM250) dan sebuah jek hidraulik tiga tan (RM350).

Pengadu mengesyaki bahawa kecurian itu dilakukan oleh adik iparnya sendiri.

Bertindak atas maklumat diterima, sekitar jam 9.55 malam kelmarin, sepasukan polis dari Unit Kereta Peronda (MPV) telah pergi ke Piasau Utara untuk menangkap semula suspek yang diserah sendiri oleh bapanya.

Semasa tangkapan dibuat, polis merampas sebuah beg milik suspek mengandungi seutas rantai tangan berwarna kuning dipercayai harta curi.

Ketika disoal siasat awal polis, suspek memberitahu barang yang lain telah diserahkan kepada dua rakannya.

Sehubungan itu, suspek yang berusia 17 tahun kemudian dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

ليست هناك تعليقات

Latest Articles