Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Ford Ranger Remuk, Kemalangan Ragut Tiga Nyawa di Lokasi

Tiga lelaki maut di tempat kejadian apabila kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan d...

Tiga lelaki maut di tempat kejadian apabila kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan baja di Kilometer 75 Jalan Bintulu-Miri berhadapan simpang Ladang Imbok pagi semalam.

Sumber Jabatan Bomba dan Penyelamat memaklumkan seorang penumpang yang maut sebelah pemandu kenderaan itu dikenali sebagai Bolhasan Bujang, 35, manakala dua lagi mangsa belum diketahui identiti.

Anggota bomba dan penyelamat mengeluarkan mangsa pertama daripada kenderaan pacuan empat roda remuk itu pada jam 9.05 pagi, manakala mangsa kedua pada jam 9.25 pagi, diikuti mangsa terakhir berjaya dikeluarkan pada jam 11.15 pagi.

Difahamkan, operasi mengeluarkan mangsa sukar berikutan kenderaan pacuan empat roda itu terhimpit lori terbabit di cerun jalan dan keadaan permukaan tanah lembut.

Bantuan kren dari Ladang Imbok telah digunakan untuk menarik lori tersebut bagi memudahkan usaha mengeluarkan mangsa daripada kenderaan mereka.

Impak kemalangan itu menyebabkan kenderaan dinaiki ketiga-tiga mangsa terheret beberapa meter sehingga merempuh sebuah rumah berhampiran jalan.

Kesemua mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Seramai lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Samalaju yang diketuai Penguasa Bomba Kanan II Zulkifli Narawai bergegas menggunakan sebuah jentera Scania ke tempat kejadian setelah menerima panggilan kecemasan sekitar jam 5.47 pagi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Bintulu DSP Lim Kwai Seng semasa dihubungi mengesahkan kemalangan itu, namun belum menerima maklumat lanjut.

ليست هناك تعليقات

Latest Articles