Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

KENINGAU : Mayat seorang pesakit jiwa di Jalan Keningau-Tenom

Mayat seorang pesakit jiwa yang dilaporkan hilang dari rumahnya sejak Isnin lalu, dijumpai di tepi kawasan bukit kira-kira 50 kilometer ...

Mayat seorang pesakit jiwa yang dilaporkan hilang dari rumahnya sejak Isnin lalu, dijumpai di tepi kawasan bukit kira-kira 50 kilometer Jalan Keningau – Tenom pada petang semalam.

Mengesahkan kes itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superitendan Douglas Nyeging Taong berkata, mangsa lelaki warga tempatan itu yang dikenali sebagai Anuas Asset, 37, dari Kampung Kelatuan, Papar, ditemui kira-kira pukul 5.30 petang dalam keadaan terbaring, berseluar panjang dan tidak berbaju.

“Hasil pemerhatian terhadap mangsa tiada kesan pergelutan dan kecederaan pada mangsa. Walau bagaimanapun, terdapat kesan lebam dan bengkak disyaki kesan gigitan serangga dan kesan terjatuh. Mangsa disyaki telah meninggal dunia dalam masa dua atau tiga hari lepas berdasarkan mayat berbau busuk,” katanya di sini hari ini.

Douglas memberitahu, berdasarkan keterangan abang sepupu mangsa, Yunus Damin, mangsa keluar dari rumah pada 4 Mei pada pukul 9 pagi.

Katanya, pihaknya diberitahu oleh abang sepupu Anuas bahawa  mangsa merupakan seorang pesakit jiwa. SAYANG SABAH

ليست هناك تعليقات

Latest Articles