Anggota keselamatan Malaysia menahan 11 warga Filipina kerana melanggar syarat perintah berkurung di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Ti...
Anggota keselamatan Malaysia menahan 11 warga Filipina kerana melanggar syarat perintah berkurung di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), awal pagi semalam, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.
Beliau berkata 11 warga Filipina itu termasuk seorang bayi diselamatkan anggota peronda keselamatan Pegawai Gerakan Am (PGA) selepas bot dinaiki mereka karam selepas melanggar bot PGA ketika cuba melarikan diri di kawasan antara laut Pulau Berhala dan Tanjung Pasir.
Seorang lagi rakan mereka ditemukan mati lemas dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi itu, katanya dalam kenyataan di sini Ahad.
"Ketika bot keselamatan menghampiri bot mereka, bot itu memecut laju dan PGA bertindak mengejar dan meminta untuk berhenti tetapi tidak dipedulikan sebelum beberapa das tembakan ke udara dilepaskan sebagai amaran.
"Kemudian tiba-tiba bot mereka melanggar bot peronda menyebabkan kesemua penumpang di dalamnya tercampak keluar (dan diselamatkan) dan seorang didapati mati lemas," katanya.
Katanya sebelum itu anggota PGA yang sedang menjalankan rondaan jarak jauh khas Tiger Platun, ternampak bot yang dinaiki mereka sedang menghala ke Sandakan dari Pulau Taganak.
Katanya polis turut merampas bot itu dan semua yang ditahan akan didakwa mengikut Seksyen 31(2) Akta Polis 1967 iaitu melanggar perintah berkurung.

ليست هناك تعليقات
إرسال تعليق