Lelaki dipercayai menceroboh dan merakam gambar seorang wanita di dalam tandas sebuah hospital swasta di sini terkantoi selepas berjaya d...
Lelaki dipercayai menceroboh dan merakam gambar seorang wanita di dalam tandas sebuah hospital swasta di sini terkantoi selepas berjaya ditangkap oleh pekerja di situ semalam.
Difahamkan, suspek yang berusia 21 tahun itu sebelum ini juga dikatakan beberapa kali melakukan perbuatan terkutuk tersebut, namun berjaya melarikan diri sebelum dikesan oleh pihak hospital.
Ketagihannya merakam gambar wanita di dalam tandas bagaimanapun mengundang padah apabila dia ditangkap ketika keluar dari tandas wanita di hospital tersebut dalam insiden sekitar jam 9.30 pagi semalam.
“Suspek dipercayai bukan kali pertama melakukan perkara tersebut kerana sebelum ini beberapa wanita turut melaporkan perkara sama tetapi tiada bukti.
“Sehingga tadi (semalam), apabila seorang wanita berusia 38 tahun yang juga pekerja di hospital tersebut menjerit setelah melihat seseorang merakam gambarnya yang ketika itu sedang membuang air kecil.
“Jeritannya didengari oleh pekerja hospital tersebut yang bergegas ke tandas berkenaan dan terus menangkap suspek yang meluru keluar dari situ,” kata sumber.
Suspek yang bekerja dengan sebuah syarikat kurier dan sering datang ke hospital berkenaan untuk menghantar barang kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

ليست هناك تعليقات
إرسال تعليق