Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Motorsikal Bertembung Lori 10 Tan, Seorang Maut, Seorang Patah Kaki

Seorang remaja maut, manakala seorang lagi cedera parah selepas motorsikal ditunggang mereka hilang kawalan sebelum merempuh sebuah lo...


Seorang remaja maut, manakala seorang lagi cedera parah selepas motorsikal ditunggang mereka hilang kawalan sebelum merempuh sebuah lori 10 tan di Kampung Salimandut, di sini, semalam. 

Penunggang motorsikal dikenali sebagai Nicknos Jewos, 16, berasal dari Kampung Rasak Darat di sini, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala. 

Sementara itu, pembonceng motorsikal Zihan Akhbar Jikula, 15, yang mengalami cedera parah patah kaki kanan, kemudian dikejarkan ke Hospital Kota Marudu menggunakan ambulans untuk diberikan rawatan kecemasan. 

Siasatan awal polis mendapati kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.50 petang Selasa itu dipercayai berpunca akibat motorsikal yang ditunggang secara laju oleh kedua-dua remaja terbabit hilang kawalan. 

“Motorsikal yang hilang kawalan itu kemudian melanggar bahagian kanan sebuah lori yang datang dari arah pekan menuju ke Kampung Pelipikan,” kata Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohd Isa Yusof, di sini hari ini. 

Menurutnya, akibat pelanggaran itu, kedua-dua mangsa yang merupakan pelajar sebuah sekolah menengah di sini, tercampak di bahu jalan menyebabkan seorang maut di lokasi kejadian. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BERITA TERKINI SABAH

Tiada ulasan

Latest Articles