Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

WARGA JEPUN GANTUNG DIRI AKIBAT TEKANAN

Akibat mengalami tekanan kerana dihalang kembali ke negara asal, seorang pekerja warganegara Jepun dipercayai bertindak menggantung dir...


Akibat mengalami tekanan kerana dihalang kembali ke negara asal, seorang pekerja warganegara Jepun dipercayai bertindak menggantung dirinya di dalam sebuah bilik hotel di kawasan Tanjung Batu di sini pada jam 9 pagi semalam.
Mangsa, Jun Tekasue, 37, merupakan salah seorang jurutera muda di sebuah syarikat perindustrian di sini.
Melihat situasi itu, kakitangan hotel terbabit terus menghubungi polis bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan berhubung insiden itu.
Difahamkan, hotel terbabit merupakan tempat penginapan yang sering disewakan oleh syarikat perindustrian kepada pekerjanya berasal dari negara matahari terbit itu.
Menurut saksi, mangsa yang sudah berkahwin dikatakan meninggalkan sekeping nota melahirkan rasa kecewa dan sedih kerana tidak dapat balik ke negara asalnya.
Mangsa dikatakan mendapatkan khidmat perubatan di sebuah hospital swasta di sini pada hari sebelumnya untuk menangani tekanan yang dialaminya.
Punca sebenar kematian mangsa masih dalam siasatan polis.
Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Bintulu bagi pemeriksaan lanjut serta tindakan susulan.

Tiada ulasan

Latest Articles