Seorang wanita warga asing terbunuh manakala seorang cedera selepas dirempuh oleh sebuah kenderaan di hadapan Api Api Centre, di sini m...
Seorang wanita warga asing terbunuh manakala seorang cedera selepas dirempuh oleh sebuah kenderaan di hadapan Api Api Centre, di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner M.Chandra berkata, kejadian jam 10.22 malam itu berlaku semasa kedua-dua mangsa warga China itu hendak melintas jalan raya.
“Siasatan awal mendapati kenderaan jenis Proton Saga dipandu oleh seorang lelaki tempatan berumur 29 tahun dari arah bandaraya menuju ke Putatan,” katanya di sini hari ini.
Katanya, apabila sampai di tempat kejadian, mangsa tiba-tiba melintas jalanraya menyebabkan pemandu terbabit gagal mengelak lalu merempuh kedua-duanya mengakibatkan seorang tercampak ke bahu jalan.
“Mangsa pertama meninggal dunia serta merta di lokasi kemalangan, sementara seorang lagi cedera di bahagian kaki,” tambah beliau. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -- SAYANG SABAH
ليست هناك تعليقات
إرسال تعليق