Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

15 Mayat Gempa Jalani Proses Bedah Siasat

KOTA KINABALU 7 Jun - Sebanyak 15 mayat mangsa gempa bumi di Gunung Kinabalu menjalani proses bedah siasat di Hospital Queen Elizabeth (Q...

KOTA KINABALU 7 Jun - Sebanyak 15 mayat mangsa gempa bumi di Gunung Kinabalu menjalani proses bedah siasat di Hospital Queen Elizabeth (QEH) pagi ini.

Pengarah QEH, Heric Corray berkata, mayat-mayat mangsa yang tiba sejak semalam di hospital itu telah menjalani proses bedah siasat.

“Setakat ini, saya ingin mengesahkan bahawa QEH telah menerima 15 mayat yang terbunuh akibat kejadian gempa bumi di Gunung Kinabalu.

“Proses bedah siasat sedang dijalankan pagi ini sejak pukul 9 pagi dan tenaga doktor di pihak QEH adalah mencukupi bagi tujuan berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati sebahagian ahli keluarga mangsa kejadian gempa bumi di Ranau berada di hospital dan ditempatkan di bilik khas. - UTUSAN ONLINE

ليست هناك تعليقات

Latest Articles