Daerah Lahad Datu di pantai timur Sabah perlu bersedia bersedia dengan kemungkinan dilanda gempa bumi, kata K etua Pengarah Jabatan Me...
Daerah Lahad Datu di pantai timur Sabah perlu bersedia bersedia dengan kemungkinan dilanda gempa bumi, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Datuk Che Gayah Ismail.
Beliau berkata, gempa bumi besar yang terakhir di Lahad Datu berlaku pada 1976 dengan berukuran 5.8 magnitud, katanya dalam satu taklimat kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ewon Ebin di sini.
"Ia merupakan keadaan yang membimbangkan dan kita perlu bersedia terhadap sebarang kemungkinan," katanya.
Pakar Geologi Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr Felix Tongkul mencadangkan supaya alat pemantauan gelombang seismos yang sama dipasang di puncak Gunung Kinababalu turut disediakan di Lahad Datu.
Beliau berkata, alat yang sensitif itu dapat membolehkan pakar geologi memantau aktiviti gelombang seismos di "kawasan panas" seperti Kundasang, Ranau, Gunung Kinabalu dan Lahad Datu.
Menurutnya, pakar geologi boleh menasihatkan tentang pemindahan bagi lokasi yang berhadapan dengan gegaran atau gempa bumi.
Gempa bumi berukuran 5.9 magnitud melanda Gunung Kinabalu pada 5 Jun lalu dan 18 pendaki dan malim gunung maut akibat kejadian itu.
Gempa bumi itu turut mengakibatkan hakisan di kaki gunung yang menyebabkan banjir di beberapa kawasan di Mesilou dan Kiau kira-kira seminggu selepas itu.
Gempa bumi besar terakhir di Ranau berlaku pada 1991 tetapi hanya merosakkan struktur bangunan bertingkat di sini.
SUMBER : Mstar Online
ليست هناك تعليقات
إرسال تعليق