Peristiwa turunnya Nabi Isa ke atas muka bumi pada akhir zaman adalah iktibar utama yang perlu diimani umat Islam. Mengimbas lembaran...
Peristiwa turunnya Nabi Isa ke atas muka bumi pada akhir zaman adalah iktibar utama yang perlu diimani umat Islam. Mengimbas lembaran kisah pada minggu lalu, tatkala Nabi Isa membunuh Dajal dan kematian 70,000 orang Yahudi disebabkan mereka tercium bau Nabi Isa itu.
Pada minggu ini, satu lagi perbincangan yang dikupas dalam rancangan Ibrah oleh Ustaz Muhammad Syaari Ab Rahman mengenai kisah Yakjuj dan Makjuj. Kebenaran ini dapat difahami melalui firman Allah yang bermaksud, "Dan mustahil kepada penduduk sesebuah negeri yang Kami binasakan, bahawa mereka tidak akan kembali (kepada Kami untuk menerima balasan di akhirat kelak).
(Demikianlah keadaan mereka) hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Yakjuj dan Makjuj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi." (Surah Anbiyaa', ayat 95-96) Permohonan Nabi Isa Sebelum berlakunya kedatangan Yakjuj dan Makjuj itu, Allah memerintahkan Nabi Isa untuk ke satu lokasi gunung dan Allah akan memakbulkan doa Baginda di sana.
Kemudian, pergilah Nabi Isa memohon agar Allah memberikan keamanan dan menjawab persendaan orang Yahudi itu yang menyatakan bahawa mereka itu telah menyalib Nabi Isa. Maka, apabila Dajal terbunuh, maka Nabi Isa pun pergi bertemu dengan orang beriman serta Baginda pun mematahkan salib.
Kemudian, pada waktu itulah, orang Yahudi pun beriman kepada Nabi Isa. Dalam sebuah hadis, diriwayatkan bahawa sewaktu Rasulullah SAW tidur di rumah Zainab, Baginda bangun daripada tidur, Baginda dalam keadaan merah mukanya dan mengucapkan, 'tiada Tuhan selain Allah' dan diulangi sebanyak tiga kali kemudian Baginda bersabda: 'Celakalah bagi kaum Arab daripada bala yang sangat hampir; pada hari ini sudah terbuka empangan Yakjuj dan Makjuj seperti ini.' Nabi Muhammad SAW pun menunjukkan sepuluh jarinya. Zainab berkata: "Wahai Rasulullah, adakah kita tetap akan binasa meskipun di sisi kita masih ada orang salih?" Jawab Rasulullah:
'Ya, bahkan sekiranya terlalu banyak kemaksiatan berlaku.' Kemudian Baginda menunjukkan tanda bulatan dengan mengenakan hujung ibu jari dengan hujung jari telunjuk sambil berkata, "Hari ini sebuah lubang sudah dibuat tembok." Tembok yang dimaksudkan adalah tembok yang dibina oleh Zulqarnain.
Maknanya ketika itu, pelepasan Yakjuj dan Makjuj sedang berlaku sejak zaman Rasulullah SAW lagi. Al-Quran menegaskan dalam Surah al-Kahfi bahawa mereka itu dilepaskan sedikit demi sedikit seperti gelombang.
Dalam hadis sahih Muslim, Rasulullah SAW menceritakan bahawa gerombolan pertama yang keluar, akan melalui Tasik Tabariyah di Palestin.
Mereka akan meminum airnya. Apabila gerombolan yang terakhir melaluinya mereka akan berkata, "Dahulu pernah terdapat air di sini." Pelepasan Yakjuj Makjuj ambil masa panjang Oleh sebab perkara itu mengambil masa yang lama untuk menghabiskan semua air di dalam tasik itu, ini bermakna pelepasan Yakjuj dan Makjuj akan mengambil satu jangka masa yang amat panjang.
Mereka tidak dilepaskan serentak dalam satu waktu. Permohonan Nabi Isa untuk diselamatkan daripada Yakjuj dan Makjuj itu dikabulkan oleh Allah SWT.
Biarpun kita tidak mengetahui apakah telah datang atau tidak Yakjuj dan Makjuj itu, tetapi keimanan terhadap perkara ini sebagaimana dirakamkan Allah dalam al-Quran menjadi pedoman dalam memahami peristiwa sebelum kewafatan Nabi Isa.
Tiada ulasan
Catat Ulasan