Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Sabah Perlu Ikut Langkah Kerajaan Sarawak

KOTA KINABALU: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah memberikan penghormatan tertinggi kepada Kerajaan Negeri Sarawak kerana berjay...

KOTA KINABALU: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah memberikan penghormatan tertinggi kepada Kerajaan Negeri Sarawak kerana berjaya meluluskan pertukaran terma ‘Ketua Menteri’ kepada ‘Premier’ baru-baru ini di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Ketua Penerangan BERSATU Sabah, Khairul Firdaus Akbar Khan (gambar) berkata, langkah ini sekaligus meletakkan negeri Sarawak bukan lagi setakat ‘equal partners’ dengan negeri-negeri lain di Malaysia. 

“Secara jelas ini menunjukkan yang status negeri Sarawak menuju ke arah otonomi yang lebih nyata,” katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu.

Hasil daripada tindakan Kerajaan Negeri Sarawak, katanya, BERSATU Sabah menyarankan supaya Kerajaan Negeri Sabah dapat mengikuti tindakan yang telah di laksanakan.

“Tindakan sebegini dapat merealisasikan harapan bekas pemimpin-pemimpin utama negeri kita seperti Allahyarham Tun Mustapha dan Allahyarham Tun Fuad Stephen sewaktu penubuhan Negara Malaysia.

“Kesepakatan pemimpin-pemimpin Sabah harus di tonjolkan dalam isu-isu yang melibatkan hak-hak rakyat Sabah.

“Kesepakatan yang kuat pastinya boleh menghalang segala anasir luar yang cuba untuk mengugat kestabilan politik negeri kita,” ujarnya. 

Khairul berkata, kemunduran yang berlaku di Sabah disebabkan permainan politik yang terlampau dari sejak negeri mencapai kemerdekaan harus dihentikan dan fokus utama adalah untuk memajukan Sabah dan rakyatnya.

“Dengan meletakkan Sabah sebagai status yang berlainan dengan negeri-negeri yang lain, pastinya generasi baru akan lebih memahami apakah pembentukan negara Malaysia sebenarnya.

“Sabah dan Sarawak  adalah tunjang utama pembentukan Malaysia dan pastinya dalam masa-masa yang mendatang mampu menjadi pelopor penyumbang utama ekonomi negara Malaysia,” katanya.

Tiada ulasan

Latest Articles