Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Bayi dilahir Pelajar Tahun Lima meninggal dunia

  KUALA PILAH: Bayi lelaki yang dilahirkan oleh seorang murid Tahun Lima di Jempol, minggu lalu, meninggal dunia di Hospital Tuanku ...

 
KUALA PILAH: Bayi lelaki yang dilahirkan oleh seorang murid Tahun Lima di Jempol, minggu lalu, meninggal dunia di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, hari ini. Bayi berusia lapan hari itu meninggal dunia kira-kira jam 3 pagi tadi akibat komplikasi dalam perut. 
 
Jenazahnya kemudian dibawa oleh keluarga ibunya untuk dikebumikan di Jempol. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Datuk Norhayati Omar, berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). 
 
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias, ketika dihubungi turut mengesahkan kematian bayi itu. Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi pada 5 Ogos lalu, murid berkenaan dibawa ke klinik swasta di Bahau, Jempol, selepas mengadu sakit perut. 
 
Bagaimanapun, pemeriksaan doktor mendapati murid berkenaan sakit kerana hendak melahirkan anak dan ketika persediaan dibuat untuk membawanya ke Hospital Jempol, dia melahirkan anak di klinik swasta itu.

ليست هناك تعليقات

Latest Articles